Program Jualan Rahmah dan Best Go@ Surau

10 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

09 Mac 2024, Sabtu – Program Jualan Rahmah dan Best Go@ Surau telah diadakan anjuran MPP Sub Zon 1 dengan kerjasama KRT18R13, KKM, AADK, Surau Al-Kauthar dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional, NaDi Presint 18. Tujuan utama program diadakan untuk membantu penduduk sekitar dengan persediaan persekolahan anak-anak serta menjelang bulan Ramadan iaitu jualan rahmah dengan harga barangan yang murah. Selain itu, untuk menjalinkan ukhwah bersama komuniti dengan menyertai aktiviti gotong royong surau.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program iaitu aktiviti utama adalah Jualan Rahmah, diikuti oleh Jualan Usahawan Komuniti, program KITAR dari NaDi Presint 18 dan pameran AADK & KKM. Pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar 18R13. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama ajk MPP Sub Zon 1, KRT 18R13 dan petugas pameran agensi yang hadir. Program telah diadakan di perkarangan Dewan Komuniti Presint 18R13. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas